Wednesday, July 14, 2010

Penyerahan Buku UPSR

Majlis Penyerahan Buku UPSR MIED telah berlangsung di SJK T Sungai Renggam pada 16-07-2010 bersamaan hari Jumaat pada pukul 3pm. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri YB Senator dato G.Palanivel. Pegawai-pegawai PPD iaitu En.Raman dan En. Irwan Tan juga telah menghadiri majlis ini. Penyelia Sekolah Tamil Selangor, En.R.Vallikannan, selaku penasihat bagi majlis telah menyampaikan ucapan paenasihat berkata sekolah ini memerlukan bangunan baru kerana enrolen murid akan bertambah. En.Doraisamy, selaku Pengerusi Majlis Guru-Guru besar Sekolah Tamil kebangsaan berkata beliau amat berbangga dengan kedatangan YB Senator. YB Senator G.Palanivel berkata MIC akan mengumumkan berita baik bagi setiap sekolah tamil dan juga sekolah ini. Sebanyak 97 sekolah telah mendapat set buku-buku latihan MIED. YDP PIBG EN.Rajendren telah mengalungkan bunga malai kepda YB Senator G.Palanivel dan En.R.Vallikkannan. Naib YDP telah mengalungkan bunga malai kepada Pengerusi MIC Cawangan Shah Alam En. Suppaiah. Guru Besar Pn.N.S.Vimala Devi memberikan cendrehati kepada YB Senator G.Palanivel. Majlis ini diakhir dengan ucapan terima kasih oleh En.V.Venugopal, selaku Penolong Pengerusi Majlis Guru-Gurr Besar Tamil Selangor.